Mungkin ramai sedia mengenali akan laman Lazada yang menawarkan jualan pelbagai jenis peranti dan barangan lain. Hari ini, pihak Lazada turut mengumumkan Lazada Marketplace, membolehkan para penjual menggunakan platform mereka dalam mempromosikan jenama dan melakukan jualan menggunakanya.
Menurut Lazada, berbeza dengan beberapa perkhidmatan lain, Lazada Marketplace menawarkan sokongan untuk logistik, bantuan dari segi pemasaran online, dan beberapa penambahan lain.
Namun, daripada apa yang kami lihat, ia lebih memfokuskan kepada jenama-jenama terkemuka, dan berfungsi lebih sebagai rakan kerjasama berbanding perkhidmatan seperti Mudah, Lelong dan sebagainya.
Untuk pendaftaran juga, ia perlu dilakukan secara manual, dan memerlukan pengguna untuk menghantar emel kepada pihak Lazada untuk mendaftarkannya. Namun, pada laman Lazada Marketplace, ia seperti masih belum dikemaskini, dan beberapa info penting tidak disertakan buat masa ini.