Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Asus Melancarkan Siri Komputer Riba Baru Di Malaysia

$
0
0

Dengan hadirnya cip pemprosesan generasi baru daripada Intel, pelbagai pengeluar mula menawarkan komputer riba baru bersama-sama dengannya, dan kini Asus Malaysia turut sama menawarkan komputer riba baru untuk pasaran tempatan.

Dua siri baru yang ditawarkan adalah Asus VivoBook S551 dan juga Asus N550. Kedua-duanya dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8.

Asus VivoBook

Asus N550 hadir dengan sokongan audio Sonic Master, selain mana turut didatangkan dengan sokongan Blu-Ray dan pilihan skrin HD penuh. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM2999.

Asus S551 pula hadir dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce 740M, sokongan skrin sentuh dan juga rekabentuk yang amat nipis. Komputer riba ini pula ditawarkan pada harga bermula RM2799 di Malaysia.

Kedua-dua komputer riba ini sedia ditawarkan di Malaysia, dan boleh didapati daripada para pengedar tempatan bermula hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186