Semua sedia maklum yang mana Google akan mengintegrasikan Waze dan Google Maps antara satu sama lain. Selepas pengambil-alihan perkhidmatan tersebut beberapa bulan lepas, hari ini Google mengumumkan integrasi beberapa fungsi pada Waze dan juga Google Maps.
Melalui kemaskini yang dikongsikan, Google mengatakan yang mana kini pengguna Google Maps akan dapat melihat laporan trafik semasa daripada pengguna Waze terus pada Google Maps. Namun, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja buat masa ini, dan bakal diperluaskan tidak lama lagi.
Selain daripada itu, Waze pula akan mengintegrasikan sokongan carian Google Search, selain mana Waze Map Editor yang akan menyertakan sokongan Google Street View untuk penyuntingan jalan yang lebih efektif lagi.
Kemaskini ini akan diperkenalkan kepada pengguna Android dan iOS terlebih dahulu.