Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan pihak BlackBerry akan melancarkan BlackBerry Messenger (BBM) untuk pengguna Android dan juga iOS sekitar September kelak. Kini, selari dengannya, kelihatan pihak BlackBerry sedia menerbitkan panduan khas BBM untuk Android dan juga iOS.
Kedua-dua panduan ini kini tersedia dalam bentuk PDF, memberikan idea asas berkenaan penggunaan BlackBerry Messenger untuk pengguna Android dan juga iOS. Untuk pengguna yang pernah menggunakan BBM, mungkin ia bukanlah sesuatu yang baru. Daripada apa yang diperlihatkan, fungsi asas seperti profil BBM, kebolehan untuk menjemput dan menambah rakan melalui kod khas, sokongan chat dan juga BBM Groups sedia ditawarkan untuk Android dan juga iOS.
Seperti pada BlackBerry 10, BBM untuk Android dan juga iOS boleh turut digunakan melalui WiFi.
Jadi, adakah BBM ini kelak akan dapat mengatasi populariti beberapa perkhidmatan permesejan seperti WeChat, LINE, WhatsApp dan sebagainya?