Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Ikuti Status Semasa Jerebu Pada Peranti Android Anda

$
0
0

Dengan keadaan jerebu yang semakin merosot dari hari ke hari, salah satu perkara yang sering dicari oleh para pengguna tempatan adalah berkenaan dengan status API (Indeks Pencemaran Udara) semasa. Untuk memudahkannya terdapat beberapa aplikasi untuk pengguna Android.

PSI Malaysia – Haze

PSI Malaysia - Haze

Aplikasi ini menawarkan data statistik indeks semasa untuk beberapa lokasi utama di sekitar Malaysia. Aplikasi ini menggunakan data daripada laman web NRE, yang mana dikemaskini tiga kali sehari, iaitu pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan juga 5 petang.

Asia Air Quality

Asia Air Quality

Bagi mereka yang tidak meminati bentuk aplikasi, dan inginkan widget untuk memaparkannya terus pada skrin peranti anda, mungkin aplikasi ini agak berguna. Melaluinya, pengguna hanya perlu menetapkan lokasi, dan ia akan dikemaskini mengikut data daripada laman AQICN. Ia turut ditandakan dengan warna untuk memudahkan pengguna mengetahui keadaan sama ada teruk ataupun sebaliknya.

Selain kedua-dua ini, terdapat beberapa aplikasi lain untuk Android yang memfokuskan kepada jerebu, tetapi tidak kesemuanya yang menawarkan data untuk pengguna tempatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi kegemaran yang lain, jangan lupa berkongsi dengan kami.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186