
Sony sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar Xperia ZR pada bulan Mei yang lepas, membawakan beberapa perubahan berbanding Xperia Z, terutamanya dengan sokongan kalis air dan butang fizikal untuk rakaman gambar.
Hari ini, melalui laman Facebook, pihak Sony Mobile Malaysia berkongsi mengatakan peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Harga jualan dan tarikh pelancaran rasminya masih tidak dikongsikan buat masa ini.
Sony Xperia ZR membawakan skrin bersaiz 4.55-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, kamera 13-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, dan dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean. Peranti ini juga turut membawakan butang kuasa ikonik Sony, selain sokongan kalis air dan debu.
Jikalau dibandingkan dengan Xperia Z, peranti ini adalah bersaiz sedikit kecil, membawakan sokongan butang fizikal untuk kamera, dan juga tahap kalis air yang lebih baik berbanding Xperia Z.