Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Samsung Galaxy Folder – Telefon Flip Dengan Dwi-Panel Paparan Tertiris

$
0
0

Samsung Galaxy Folder

Samsung Galaxy FolderDengan pelbagai telefon pintar pada hari ini, bentuk peranti yang hadir adalah lebih kurang sama antara satu sama lain. Namun, kini kelihatan pihak Samsung akan hadir dengan telefon pintar flip-phone berasaskan Android tidak lama lagi.

Ini bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan sebelum ini mereka pernah hadir dengan SCH-W2013 yang khusus untuk pasaran China.

Samsung Galaxy Folder ini dikatakan akan menyertakan skrin sentuh bersaiz 3.7-inci AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 400 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan rangkaian LTE dan juga bateri berkapasiti 1820mAh.

Seperti keluarga Galaxy yang lain, Galaxy Folder ini dijangka akan menggunakan Android 4.2.2 dan juga hadir dengan antaramuka TouchWiz bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy Folder dikatakan akan dilancarkan untuk pasaran Korea tidak lama lagi, dan tidak diketahui sama ada akan dilancarkan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.

Jadi, sekiranya ia ditawarkan untuk pasaran tempatan, adakah anda akan berminat untuk mendapatkannya? Ataupun anda lebih gemar akan peranti pintar dengan bentuk sedia-ada pada hari ini?

Samsung Galaxy Folder

Samsung Galaxy Folder

Kemaskini : Peranti ini juga dikatakan mungkin akan dikenali dengan nama Galaxy Golden.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186