Quantcast
Channel: Videos - Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186

Lakaran Rekabentuk Jam Tangan Pintar Samsung Diperlihatkan

$
0
0

Samsung sebelum ini sedia mengatakan mereka berminat membangunkan jam tangan pintar, selain beberapa info berkenaan dengannya tertiris ke arena web. Kini, beberapa gambar lakaran untuk paten di Korea hadir, memperlihatkan kemungkinan rekabentuk peranti berkenaan.

Jam Tangan Pintar Samsung

Daripada gambar lakaran yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana jam tangan pintar daripada Samsung ini akan menyertakan skrin fleksibel, disamping turut membawakan bahagian menu seumpama pada peranti Android mereka, iaitu butang “Back” dan juga menu.

Jam Tangan Pintar Samsung

Jam Tangan Pintar Samsung

Selain daripada itu, ia turut dikatakan yang mana Samsung mungkin akan menggunakan nama “Gear” untuk jam tangan pintar mereka.

Samsung dijangka akan memperkenalkan ia bersama-sama dengan Galaxy Note 3 pada bulan hadapan, dan mungkin sekiranya benar, kita akan mendengar lebih banyak info berkenaan dengannya apabila tarikh berkenaan semakin hampir.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 30186